Monday 11 November 2013

Perkongsian Red Velvet Cupcake







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berlalu terlalu cepat. Kita sudah masuk minggu kedua bulan November. Kita kejar masa ataupun masa kejar kita.

Jumaat ini sudah hari terakhir anak-anak bersekolah.  Ibubapa dah berkira-kira merancangkan percutian untuk anak-anak. Ada yang akan balik  kampung, ada yang melancong ke dalam dan keluar negara, ada yang tidak kemana-mana, apatah lagi ada anak-anak yang sedang menduduki ujian SPM.

Baiklah, yang belum kemana-mana, bolehlah merancang  aktiviti yang boleh dilakukan bersama  anak-anak. Bagi yang berminat ke dapur, boleh ajak mereka mencuba resipi atau masakan yang mereka suka.

Seperti yang telah saya janjikan, di sini saya kongsikan. Semuga sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Jom layan. Mudah dan emm...

Bahan-bahannya:

Mentega 60 gm
Gula kastor 150 gm
Telur    1 biji
Esen Vanilla 1 tsp
Buttermilk 120  gm
Pewarna Merah  1 tbsp (kalau tidak mahu merah sangat kurangkan menjadi 3/4 tbsp).
Tepung (superfine) 125 gm atau boleh juga mengunakkan tepung gandum biasa.
Serbuk koko  1 tbsp
Cuka  1 tbsp
Baking soda 1 tsp atau 3/4 tsp

Cara-caranya:

Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur putar hingga sebati, sambil masukkan vanilla. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko dalam tiga peringkat, kacau sebati. Baru masukkan buttermilk dan pewarna merah.
Baking soda dicampur bersama cuka terlebih dahulu, baru masukkan kedalam adunan. Kaup balik sahaja.
Sediakan cawan cupcake, masukkan adunan separuh cawan sahaja. Sedia untuk di bakar.

Cream Cheese Frosting

Cream cheese 250 gm
Gula Icing    100gm (ayakkan)
Butter  75 gm
Instant Custard 40 gm
Air 100ml (klu hendak sedap lagi tukar kepada freshmilk)

Cara-caranya

Pukul cheese sehingga halus. Masukkan butter dan gula kacau sehingga sebati.
Panaskan susu sehingga mendidih. Tutup api, tuangkan ke dalam custard, kacau sehingga nampak pekat dan lembut.. Kalau belum lembut boleh tambah sedikit lagi susu sehingga lembut, kemudian di tapis. Akhir sekali, gaulkan kedalam adunan cheese. Setelah sebati, bolehlah menggunakan nozzle yang anda suka untuk dipaipkan ke atas cupcake anda.

SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm...







No comments:

Post a Comment