Janji pasti di tepati. Jangan sibuk jadi alasan, perkongsian tetap di teruskan.
Hari ini dari awal pagi sudah memulakan tugasan mingguan, seperti biasa melawat anak-anak di asrama. Menghantar keperluan, bertanya khabar dan bertanya tentang pelajaran.
Alhamdulillah, sampai juga ke Sabak Bernam tepat pada masanya. Alhamdullih juga anak sihat dan dalam keadaan baik-baik sahaja.
Dalam perjalanan balik, perut perlu diisi. Kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati makanan
tengahari. Kedai ini terletak di Tanjung Karang. Killer produk kedai ini ialah Sembilang Asam Pedas dan Sembilang kari. Rating boleh bagi 9 out of 10. Berbaloi..
Ini pastinya cendol, menyejukkan tekak ni.
No comments:
Post a Comment