Sunday 22 June 2014

Duna Craft Shortbread

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian biskut raya yang ke empat.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan:

Mentega /marjerin      250gm
Gula kastor                    120gm
Tepung serba guna     250gm (tapis)
Tepung beras                120gm (tapis)

Sedikit gula kastor untuk ditaburkan pada biskut sebagai perhiasan.

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga putih dan ringan.

Masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit-sedikit hingga sebati dan menjadi doh.

Bentukkan doh ikut citarasa sendiri. Susun pada dulang pembakar yang telah digriskn dengan mentega atau shortening. Kemudian taburkan  dengan gula kastor .

* cookies ini tidak perlu di susun  jarak sangat sebab ia kekal dengan size asal sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 180°c selama 15 - 20 minit sehingga nampak keperangan.

Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan.

Untuk perisa lain:

Tambah 2 sk (tsp) parutan kulit oren atau lemon, untuk perisa oren atau lemon.  Atau,

Gantikan 3 sb (tbsp) tepung gandum  kepada serbuk koko untuk  menjadikan  Shortbread Coklat. Atau,

Tambah 1sb(tbsp)  kopi segera kepada campuran mentega dan gula  untuk menjadikan  Shortbread Mocha.

SELAMAT MENCUBA.
Mudah dan emm...

Saturday 21 June 2014

Cip coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian biskut raya ketiga.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan:

Mentega                       340gm
Gula kastor                  240gm
Gula perang                 200gm
Telur size A                  4 biji
Cip coklat                     120gm
Coklat masak              500gm (cincang kasar).
Oatmeal                        370gm (kisar halus)
Tepung serba guna    520gm
Garam                             1sk (tsp)
Baking powder             2 sk (tsp)
Baking soda                  2 sk (tsp)
Vanila                              2 sk (tsp)
Kekacang                       300gm (cincang).
Kacang yang di guna ikut suka ye. Cth: badam, pecan, walnut.

Cara:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. 

Masukkan telur satu persatu diikuti dengan vanilla. Kemudian masukkan  sedikit-sedikit (tepung, baking powder, baking soda yang telah ditapis), garam dan oatmeal. Gaul sehingga rata. 

Akhir sekali, masukkan coklat masak, coklat chip dan kekacang. Kaup balikkan sehingga mnjadi doh.

Sudukan doh ikut size disukai, ( pastikan size yang hampir sama),  keatas dulang yang telah di gris dengan mentega atau shortening. Jarakkan susunan lebih kurang 2 inci diantara cookies. 

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu, dengan suhu 170-180° anggaran masa lebih kurang 15 minit (bergantung pada oven masing-masing). 





   


Tart Nenas

Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera.

Perkongsian kedua biskut raya dari DCK.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan-bahannya:

Tepung serbaguna   380gm
Mentega                       250gm
Kuning telur                  1 biji
Garam                             1 sk (tsp)
Gula kastor                  50gm
Tepung jagung            20gm
Tepung kastard           10gm
Jam Nenas (untuk isi dalam tart).

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga putih dan halus.
2.  Masukkan kuning telur hingga sebati,
3. Akhir sekali masukkan  semua jenis tepung (yang telah di tapis) dan
      garam. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
4.  Bulatkan atau bentukkan doh mengikut  kesukaan anda.
  
Selamat mencuba.
Mudah  je kan..

Sunday 19 January 2014

Cream cheese thumbprint cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur sangat-sangat, hari ini baru dapat ruang untuk perkongsian tahun 2014. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014. Semuga azam baru yang kita cipta tidak terkubur lagi. Azam baru, teruskan dan hangatkan dengan keyakinan. Insyallah.

Bila saja tahun baru, di fikiran kita pasti ada yang sudah terbayang perayaan yang bakal kita sambut setiap tahun. Maka perancangan DCK untuk 2014 akan sedaya upaya memberi perkongsian untuk yang sudah berangan-angan ingin membuat cookies dan tart sendiri tahun ini.

Semua sudah maklum, kenaikan harga barangan dipasaran, pasti melibatkan juga perbelanjaan pada bila-bila masa dan dalam bentuk apa sekali pun.

Semuga perkongsian ini dapat menambah ilmu, menambah koleksi, apatah lagi boleh menambah isi tabung.

Ilmu untuk di manfaat bersama.

Jom...mudah dan emm..

Bahan-bahan:

Mentega 225gm
Cream cheese 85gm
Gula kastor 150gm
Vanilla 3 tsp
Kuning telur rebus 1 biji
Jem strawberry 

Tepung gandum @ tpg cookies 450gm



Cara-caranya:

Rebus telur lebih kurang 8 minit (bermula dari air hendak mendidih).
Sejukkan, kupas dan ambil kuning telur sahaja. Lenyekkan.

Dalam bekas berasingan, satukan mentega, cream cheese dan gula. Kacau dengan ekektrik mixer, hingga nampak sebati

Masukkkan pula vanilla dan kuning telur, gaul sebentar sahaja.

Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga menjadi doh.

Doh, dibiarkan di dalam peti ais lebih kurang satu jam, agar mudah untuk membentuk.

Setelah itu, doh dibahagi-bahagikan  pada 6gm @12gm. Bulat-bulatkan, dan letak di atas dulang pembakar. Tekankan setiap doh dengan ibu jari @ apa-apa yang sesuai untuk melekukkan bahangian tengah.
Isikan lekuk itu dengan jam atau perisa yang digemari.

Bakar dengan kepanasan 175°C atau bergantung pada oven anda, selama lebih kurang 15-20minit.

Nota: inti boleh juga di ubah mengikut citarasa yang digemari. Apatah lagi kalau hendak mengajak anak-anak menghias cookies tu bersama.

Jom cuba buat, baru tahu rasanya ye...

SELAMAT MENCUBA.

Monday 2 December 2013

Perkongsian Sambal Sotong kering





Sambal Sotong Kering
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur dapat luangkan masa mengisi untuk perkongsian ini.
 Cuti sekolah membuat ramai ibubapa membawa anak-anak bercuti.

Pada keluarga saya, tengah sibuk menghitung hari kerana dua dari enam anak tengah menduduki ujian SPM, Alhamdulillah, esok kertas terakhir iaitu subjek Bahasa Arab.

Semuga semua anak-anak kita yang menduduki SPM dapat membuat yang terbaik dan mendapat setimpal dengan usaha mereka. Insyallah.

Sambal Sotong Kering ini sesuai di makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi lemak atau apa-apa yang tekak nak terima.

Jom layan. Mudah dan emm..

Bahan-bahan:
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 ekor  sotong kering (rendam dalam air lebih kurang 2 jam atau lebih. Toskan air, hiriskan).
4 ulas   bawang merah
2 ulas   bawang putih
10 - 15 tangkai  cili kering
Sebesar ibu jari belacan
Air asam jawa secukup rasa
Perasa garam dan gula secukup rasa.



Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar halus sehingga terbit aroma. Baru masukkan cili kering yang telah di kisar halus sehingga nampak pecah minyak.








Masukkan belacan, kacau seketika, baru masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga nampak pekat. Tambahkan air sedikit lagi  dan biarkan lagi sehinnga nampak pekat.








Sambal sudah nampak sempurna.











Sekarang masukkan sotong. Gaulkan sotong dengan sambal. Kalau perlu, masukkan sedikit air lagi dan biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan dengan bahan perasa iaitu garam dan gula.

SIAP. Sedia untuk di makan.





SELAMAT MENCUBA.









Monday 18 November 2013

Perkongsian Marbel Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama juga rasa  tidak meninjau blog ini. Syukur rasanya bila dapat berkarya lagi di laman ini. Di samping dapat berkongsi, sebenarnya rasa macam sedang bersembang dengan  seseorang, tapi kenyataannya  tidak. Alam yang berbeza. Kesempatan cuti ini, ada juga Duna Craft mendapat tempahan. Pelangan ini macam pencinta atau kita boleh kata percaya. Kalau hendak makan cheesecake, kita boleh sahaja membeli dari kedai-kedai kek yang tumbuh macam cendawan. Tekan je butang, pilih je dekat mana atau kedai kek mana kita berkehendak..

Namun ada yang lebih percaya dan suka pada pembuat dari rumah atau kita kata HOMEMADE. Sebab? Semua ada sebab sendiri yang tidak perlu untuk  diperincikan. Sekarang pun dah mencecah tengah bulan November, hari berlalu pantas. Semuga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik, ada sedikit ruang masa untuk mencuba perkongsian ini.

Jom Layan. Mudah dan emm..

Sediakan acuan 8" x 8" berlapikkan kertas yang disapukan dengan mentega nipis-nipis sahaja.
dan acuan 9" x 9" (untuk steambake).








Bahan-bahan untuk Kek Coklat

Mentega  200gm
Gula kastor 190gm
Tepung Gandum 170gm
Serbuk koko 40gm
Milo 70gm
Telur 3biji (size B)
Susu pekat manis 170gm


Cara-caranya:


Pukul mentega dan gula hingga putih.








Masukkan telur satu persatu hingga sebati.








Masukkan susu. Kacau sehingga sebati.









Akhir sekali, baru masukkan tepung, serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan perlahan dan kaup balik sahaja.







Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu kepanasan 200 darjah, selama 40 minit. (bergantung pada oven).









Untuk Lapisan Cheese


Bahan-bahannya:
Cream Cheese 500gm
Gula 115gm
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 tsp atau lemon juice 1tsp atau lemon paste 1 tsp




Pukul cream cheese hingga nampak halus dan berkrim.










Masukkan gula, kacau hingga sebati. Dalam masa yang sama masukkan vanilla atau lemon paste atau perahan lemon.









Masukkan telur satu persatu sehingga habis dan sebati.
Akhir sekali adunan cheese dimasukkan kedalam acuan kek coklat tadi. Pastikan acuan kek coklat dimasukkan kedalam acuan yang lebih besar untuk mengelak kek terkena air dalam process "steambake".
Bakar pada suhu panas 200 darjah, api atas dan bawah selama 40minit (bergantung pada oven).






SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm..










Monday 11 November 2013

Perkongsian Red Velvet Cupcake







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berlalu terlalu cepat. Kita sudah masuk minggu kedua bulan November. Kita kejar masa ataupun masa kejar kita.

Jumaat ini sudah hari terakhir anak-anak bersekolah.  Ibubapa dah berkira-kira merancangkan percutian untuk anak-anak. Ada yang akan balik  kampung, ada yang melancong ke dalam dan keluar negara, ada yang tidak kemana-mana, apatah lagi ada anak-anak yang sedang menduduki ujian SPM.

Baiklah, yang belum kemana-mana, bolehlah merancang  aktiviti yang boleh dilakukan bersama  anak-anak. Bagi yang berminat ke dapur, boleh ajak mereka mencuba resipi atau masakan yang mereka suka.

Seperti yang telah saya janjikan, di sini saya kongsikan. Semuga sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Jom layan. Mudah dan emm...

Bahan-bahannya:

Mentega 60 gm
Gula kastor 150 gm
Telur    1 biji
Esen Vanilla 1 tsp
Buttermilk 120  gm
Pewarna Merah  1 tbsp (kalau tidak mahu merah sangat kurangkan menjadi 3/4 tbsp).
Tepung (superfine) 125 gm atau boleh juga mengunakkan tepung gandum biasa.
Serbuk koko  1 tbsp
Cuka  1 tbsp
Baking soda 1 tsp atau 3/4 tsp

Cara-caranya:

Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur putar hingga sebati, sambil masukkan vanilla. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko dalam tiga peringkat, kacau sebati. Baru masukkan buttermilk dan pewarna merah.
Baking soda dicampur bersama cuka terlebih dahulu, baru masukkan kedalam adunan. Kaup balik sahaja.
Sediakan cawan cupcake, masukkan adunan separuh cawan sahaja. Sedia untuk di bakar.

Cream Cheese Frosting

Cream cheese 250 gm
Gula Icing    100gm (ayakkan)
Butter  75 gm
Instant Custard 40 gm
Air 100ml (klu hendak sedap lagi tukar kepada freshmilk)

Cara-caranya

Pukul cheese sehingga halus. Masukkan butter dan gula kacau sehingga sebati.
Panaskan susu sehingga mendidih. Tutup api, tuangkan ke dalam custard, kacau sehingga nampak pekat dan lembut.. Kalau belum lembut boleh tambah sedikit lagi susu sehingga lembut, kemudian di tapis. Akhir sekali, gaulkan kedalam adunan cheese. Setelah sebati, bolehlah menggunakan nozzle yang anda suka untuk dipaipkan ke atas cupcake anda.

SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm...