Sunday 19 January 2014

Cream cheese thumbprint cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur sangat-sangat, hari ini baru dapat ruang untuk perkongsian tahun 2014. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014. Semuga azam baru yang kita cipta tidak terkubur lagi. Azam baru, teruskan dan hangatkan dengan keyakinan. Insyallah.

Bila saja tahun baru, di fikiran kita pasti ada yang sudah terbayang perayaan yang bakal kita sambut setiap tahun. Maka perancangan DCK untuk 2014 akan sedaya upaya memberi perkongsian untuk yang sudah berangan-angan ingin membuat cookies dan tart sendiri tahun ini.

Semua sudah maklum, kenaikan harga barangan dipasaran, pasti melibatkan juga perbelanjaan pada bila-bila masa dan dalam bentuk apa sekali pun.

Semuga perkongsian ini dapat menambah ilmu, menambah koleksi, apatah lagi boleh menambah isi tabung.

Ilmu untuk di manfaat bersama.

Jom...mudah dan emm..

Bahan-bahan:

Mentega 225gm
Cream cheese 85gm
Gula kastor 150gm
Vanilla 3 tsp
Kuning telur rebus 1 biji
Jem strawberry 

Tepung gandum @ tpg cookies 450gm



Cara-caranya:

Rebus telur lebih kurang 8 minit (bermula dari air hendak mendidih).
Sejukkan, kupas dan ambil kuning telur sahaja. Lenyekkan.

Dalam bekas berasingan, satukan mentega, cream cheese dan gula. Kacau dengan ekektrik mixer, hingga nampak sebati

Masukkkan pula vanilla dan kuning telur, gaul sebentar sahaja.

Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga menjadi doh.

Doh, dibiarkan di dalam peti ais lebih kurang satu jam, agar mudah untuk membentuk.

Setelah itu, doh dibahagi-bahagikan  pada 6gm @12gm. Bulat-bulatkan, dan letak di atas dulang pembakar. Tekankan setiap doh dengan ibu jari @ apa-apa yang sesuai untuk melekukkan bahangian tengah.
Isikan lekuk itu dengan jam atau perisa yang digemari.

Bakar dengan kepanasan 175°C atau bergantung pada oven anda, selama lebih kurang 15-20minit.

Nota: inti boleh juga di ubah mengikut citarasa yang digemari. Apatah lagi kalau hendak mengajak anak-anak menghias cookies tu bersama.

Jom cuba buat, baru tahu rasanya ye...

SELAMAT MENCUBA.