Monday 18 November 2013

Perkongsian Marbel Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama juga rasa  tidak meninjau blog ini. Syukur rasanya bila dapat berkarya lagi di laman ini. Di samping dapat berkongsi, sebenarnya rasa macam sedang bersembang dengan  seseorang, tapi kenyataannya  tidak. Alam yang berbeza. Kesempatan cuti ini, ada juga Duna Craft mendapat tempahan. Pelangan ini macam pencinta atau kita boleh kata percaya. Kalau hendak makan cheesecake, kita boleh sahaja membeli dari kedai-kedai kek yang tumbuh macam cendawan. Tekan je butang, pilih je dekat mana atau kedai kek mana kita berkehendak..

Namun ada yang lebih percaya dan suka pada pembuat dari rumah atau kita kata HOMEMADE. Sebab? Semua ada sebab sendiri yang tidak perlu untuk  diperincikan. Sekarang pun dah mencecah tengah bulan November, hari berlalu pantas. Semuga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik, ada sedikit ruang masa untuk mencuba perkongsian ini.

Jom Layan. Mudah dan emm..

Sediakan acuan 8" x 8" berlapikkan kertas yang disapukan dengan mentega nipis-nipis sahaja.
dan acuan 9" x 9" (untuk steambake).








Bahan-bahan untuk Kek Coklat

Mentega  200gm
Gula kastor 190gm
Tepung Gandum 170gm
Serbuk koko 40gm
Milo 70gm
Telur 3biji (size B)
Susu pekat manis 170gm


Cara-caranya:


Pukul mentega dan gula hingga putih.








Masukkan telur satu persatu hingga sebati.








Masukkan susu. Kacau sehingga sebati.









Akhir sekali, baru masukkan tepung, serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan perlahan dan kaup balik sahaja.







Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu kepanasan 200 darjah, selama 40 minit. (bergantung pada oven).









Untuk Lapisan Cheese


Bahan-bahannya:
Cream Cheese 500gm
Gula 115gm
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 tsp atau lemon juice 1tsp atau lemon paste 1 tsp




Pukul cream cheese hingga nampak halus dan berkrim.










Masukkan gula, kacau hingga sebati. Dalam masa yang sama masukkan vanilla atau lemon paste atau perahan lemon.









Masukkan telur satu persatu sehingga habis dan sebati.
Akhir sekali adunan cheese dimasukkan kedalam acuan kek coklat tadi. Pastikan acuan kek coklat dimasukkan kedalam acuan yang lebih besar untuk mengelak kek terkena air dalam process "steambake".
Bakar pada suhu panas 200 darjah, api atas dan bawah selama 40minit (bergantung pada oven).






SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm..










Monday 11 November 2013

Perkongsian Red Velvet Cupcake







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berlalu terlalu cepat. Kita sudah masuk minggu kedua bulan November. Kita kejar masa ataupun masa kejar kita.

Jumaat ini sudah hari terakhir anak-anak bersekolah.  Ibubapa dah berkira-kira merancangkan percutian untuk anak-anak. Ada yang akan balik  kampung, ada yang melancong ke dalam dan keluar negara, ada yang tidak kemana-mana, apatah lagi ada anak-anak yang sedang menduduki ujian SPM.

Baiklah, yang belum kemana-mana, bolehlah merancang  aktiviti yang boleh dilakukan bersama  anak-anak. Bagi yang berminat ke dapur, boleh ajak mereka mencuba resipi atau masakan yang mereka suka.

Seperti yang telah saya janjikan, di sini saya kongsikan. Semuga sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Jom layan. Mudah dan emm...

Bahan-bahannya:

Mentega 60 gm
Gula kastor 150 gm
Telur    1 biji
Esen Vanilla 1 tsp
Buttermilk 120  gm
Pewarna Merah  1 tbsp (kalau tidak mahu merah sangat kurangkan menjadi 3/4 tbsp).
Tepung (superfine) 125 gm atau boleh juga mengunakkan tepung gandum biasa.
Serbuk koko  1 tbsp
Cuka  1 tbsp
Baking soda 1 tsp atau 3/4 tsp

Cara-caranya:

Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur putar hingga sebati, sambil masukkan vanilla. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko dalam tiga peringkat, kacau sebati. Baru masukkan buttermilk dan pewarna merah.
Baking soda dicampur bersama cuka terlebih dahulu, baru masukkan kedalam adunan. Kaup balik sahaja.
Sediakan cawan cupcake, masukkan adunan separuh cawan sahaja. Sedia untuk di bakar.

Cream Cheese Frosting

Cream cheese 250 gm
Gula Icing    100gm (ayakkan)
Butter  75 gm
Instant Custard 40 gm
Air 100ml (klu hendak sedap lagi tukar kepada freshmilk)

Cara-caranya

Pukul cheese sehingga halus. Masukkan butter dan gula kacau sehingga sebati.
Panaskan susu sehingga mendidih. Tutup api, tuangkan ke dalam custard, kacau sehingga nampak pekat dan lembut.. Kalau belum lembut boleh tambah sedikit lagi susu sehingga lembut, kemudian di tapis. Akhir sekali, gaulkan kedalam adunan cheese. Setelah sebati, bolehlah menggunakan nozzle yang anda suka untuk dipaipkan ke atas cupcake anda.

SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm...







Sunday 10 November 2013

Hujung minggu ku


Janji pasti di tepati. Jangan sibuk jadi alasan, perkongsian tetap di teruskan.
Hari ini dari awal pagi sudah memulakan tugasan mingguan,  seperti  biasa melawat anak-anak di asrama. Menghantar keperluan, bertanya khabar dan bertanya tentang pelajaran.
Alhamdulillah, sampai juga ke Sabak Bernam tepat pada masanya. Alhamdullih juga anak sihat dan dalam  keadaan baik-baik sahaja.
Dalam perjalanan balik, perut perlu diisi. Kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati makanan 
tengahari. Kedai ini terletak di Tanjung Karang. Killer produk kedai ini  ialah Sembilang Asam Pedas dan Sembilang kari. Rating boleh bagi 9 out of 10. Berbaloi..


Ini ialah sembilang pedas..kow..kow








Ini pastinya cendol, menyejukkan tekak ni.

 Inilah penarik pada yang melihat dari jarak jauh..hu..hu..




















Saturday 9 November 2013

Perkongsian Muffin Coklat Cip

Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera.

Bertemu lagi, alhamdulillah. Ruang masa terhad. Tengah melayan anak-anak. Ada yang sudah bercuti,  ada pula yang dekat asrama nun jauh di KITTIS , Sabak Bernam dan ada yang tengah SPM.

Syukur memberi seribu makna dalam diri ini, sabar menguatkan lagi semangat berkobar-kobar hendak berkongsi ilmu dan iman meneguhkan lagi di mana hendak berpijak. Allah lebih mengetahui.

Astargfirullahalazim.. kenapa melalut ni. Si kecil  belum bercuti, tetapi sudah berpesan "mama nanti buatkan Muffin choc chip ye"..hum.. belum cuti dah ada request.

Alhamdulillah, nasib baik ada juga anak-anak mengingatkan dan merindui airtangan mama. Seronok.. itu yang saya suka dan semua yang melayan blog ini bersetuju kan..?

Ikhlas..bila ikhlas kita akan buat dengan kasih sayang.
Subhanallah.

Jom layan. Resipi yang MUDAH dan emm...

Bahan-bahannya:

Mentega 90 gm

Self Raising Flour 375 gm

Serbuk koko 50 gm

Gula kastor 170 gm

Telur 1 biji

Freshmilk ( apa2 brand)  330 ml

Coklat Masak 120 gm

Coklat chip 110 gm


Cara menyediakannya:

1.  Gaulkan tepung, serbuk koko dan gula.

2.  Cairkan mentega (dengan kaedah double boil).

3.  Masukkan telur, coklat chip, coklat cair dan akhir sekali mentega cair kepada 

      adunan tepung.  Gaul rata. 

4.  Masukkan dalam cawan muffin kira-kira separuh cawan.

5.   Bakar pada suhu 200° dengan api atas bawah selama 25 minit.

    

SELAMAT MENCUBA.  Mudah dan emm..


Wednesday 6 November 2013

Perkongsian Kek Lapis Choc Cheese

Assalamualaikum w.r.t.
Subhanallah, ada lagi saya muncul di blog ini.  Allahu  Akhbar.  Allah memberi saya kesempatan lagi bernafas hari ini.  Rasa sangat insaf  dan kerdilnya kita ini.

Perkongsian saya pada kali ini pastinya Mudah dan emm....ya.
Pada saya, kalau di katakan susah, susah jadinya. Kalau senang, ...(Tepuk dada, tanya diri sendiri-bukan selera ye).

Jangan menunggu  kesempurnaan untuk bermula tapi mulakan untuk kesempurnaan,. semuga kita sama sama menemui jalannya. Insyallah.

Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. Pada yang kurang faham, bolehlah bertanya dalam comments ye.

Jom Layan..

Bahan-bahannya:

Sediakan acuan 8" x 8"
Pastikan dilapik dengan kertas minyak dan disapukan sedikit mentega.

Bahagian A
Kuning telur 8 biji
Putih telur 4 biji
Gula kastor 240 gm
Tepung hongkong 200 gm
Ovelet (Emulsifier) 1 1/2 tbsp

Pukul telur, gula dan ovelet sehingga kembang, barulah masukkan tepung sedikit sedikit sehingga habis. Kaup balik sahaja dengan mengunakan senduk.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian Coklat

Mentega 170 gm
Susu pekat  2 1/2 tbsp
Coklat masak 100 gm ( cairkan dengan kaedah Double boil).
Paste coklat 1 tbsp

Pukul mentega dan susu sehingga putih, kemudian masukkkan  kepada sebahagian bahagian A,  coklat masak yang dicairkan dan paste coklat, gaul rata.

Bahagian Cheese (Keju)  

Cream Cheese  250 gm
Susu pekat     4 tbsp
Lemon juice   1 tsp

Cheese di pukul hingga nampak halus, baru masukkan susu dan lemon juice, kacau hingga sebati. Campurkan kepda sebahagian bahagian A, dan gaul rata. 

P/s: Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 min 
Untuk lapisan pertama, gunakkan api atas dan bawah dengan kepanasan 200 degree/ kesesuaian oven .
Untuk lapisan kedua hingga lapisan akhir gunakkan api atas sahaja.

Bakar lapisan pertama dengan adunan coklat sebanyak tujuh sudu makan. Bila dah nampak warna berubah, lapiskan adunan cheese pula dengan tujuh sudu makan juga.  Ulangi lapisan dengan sukatan yang sama sehingga habis.

SELAMAT MENCUBA.  MUDAH KAN?


Tuesday 5 November 2013

Perkongsian Ayam Masak Merah Duna

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  

Kesempatan lagi dapat berkongsi di blog ini.  Alhamdulillah..  Sambil-sambil santai ni, bolehlah mengetuk jari untuk perkongsian ini. Bila teringat sahaja berkongsi ilmu membawa banyak kebaikan, subhanallah.... timbul kesegaran pada diri ini.

Apa yang hendak saya kongsi ini sangat MUDAH tapi emmm...

Pada yang baru hendak berjinak-jinak ke dapur, eloklah mencuba. Ingatlah, tanpa bermula, tiadalah akhirnya. Tidak mahu mencuba, sampai bila pun kita akan menjadi tidak.........

Jom layan....

Bahan-bahannya:

Ayam sekilo (perapkan dalam 30min)

Bahan perapan: 
Halia - kira-kira sebesar ibu jari
Serbuk kunyit atau kunyit sebesar 1/2":
Garam secukup rasa
Kesemua bahan ditumbuk dan di gaul pada ayam

Gorengkan semua ayam yang telah diperapkan tadi.

Untuk kuahnya:

Cili kering 15 batang (di kisar)

Bawang merah  10 ulas  *
Bawang putih   4 ulas  *
Halia   kira-kira 1"  *
*Kisar serentak.

Kayu manis 1/2"
Bunga lawang sekuntum
Cengkih 3 b iji
Secawan air
Sos cili 1/2/ cawan
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama rempah tumis, sehingga naik aromanya. Baru masukkan cili kisar.  Biarkan sehingga nampak pecah minyak..Kemudian, baru masukkan  pula sos cili dan air. Biarkan sehingga mendidh baru masukkan ayam.

Kecilkan api, sambil masukkan perasa, gula  dan garam.
Biarkan api kecil seketika dalam 5 minit sebelum menutupkan api.

SELAMAT MENCUBA.   Mudahkan???






Monday 4 November 2013

Perkongsian Kek Coklat

Hari demi hari nak mengisi, tapi ada sahaja benda yang hendak di selesaikan.

Esok kita masuk kalender baru, tahun baru bagi umat Islam. Semuga saya dan yang mengikuti saya dalam blog ini istiqamah dalam apa juga penghijrahan baru kita atau menambah baik lagi apa yang telah diusahakan.

Saling bermaaf-maafan, sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada, insyallah menjadikan kita lebih positif.

Em,...Sudah.

Jom layan:

Bahan-bahan:

Telur 5 biji
Gula kastor 150 gm
Ovallet 1 tsp
Vanilla esen 1 1/2 tsp
Tepung gandum  110 gm
Cocoa powder  20gm
Minyak jagung / mentega(cairkan) 80gm

Cara-caranya:

Sediakan loyang  8" x 8". Dasarnya di letakkan kertas minyak, disapukan dengan sedikit mentega.

Telur, gula dan ovallet di pukul hingga kembang (kira-kira 15min).
Ketika itu bolehlah terus masukkan vanilla.

Tepung dan koko gaul bersama, kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi.

Akhir sekali baru masukkn minyak jagung.

Siap untuk di bakar selama kira-kira 40 minit dengan 200°, bergantung kepada oven.

Untuk Coklat Ganache:

Whipping cream 112 gm
Coklat masak 280gm
Mentega  3/4 tbsp

Cairkan semua bahan dengan cara double boil.

Setelah cair, bolehlah di mandikan keatas kek yang telah sejuk tadi.

SELAMAT MENCUBA.

 

Saturday 2 November 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Salam perkenalan bagi yang baru mengenali diri ini.

Mengapa baru sekarang saya baru menulis dalam BLOG?
Penghijrahan!!!  Manusia perlu berubah dan berhijrah.  Alhamdulillah.

Hati meronta-meronta ingin berkongsi. Berkongsi APA? 
ILMU.

Mohon maaf terlebih dahulu sebelum  ada yang rasa apa yang saya hendak kongsi ini biasa-biasa sahaja.
Apa yang penting, dengan berkongsi yang biasa biasa, insyallah boleh menjadikannya  luarbiasa. Insyallah.

Kepakaran saya ialah dalam bidang masakan dan kuih-muih. 

Kelebihan dan nikmt  menduduki  dua buah negeri  memberi  kelebihan  untuk menimba ilmu dengan beberapa orang guru dan pengalaman baru.

Alhamdulillah, setelah  limabelas tahun berkecimpung  dalam perniagaan biskut untuk musim perayaan, lauk-pauk, dan kuih-muih secara kecil-kecilan di pelbagai tempat, termasuk menumpangkan kuih muih di gerai nasi lemak ibu mertua.

Saya juga membantu mereka yang berminat untuk menambah pendapatan dalam bidang ini.

Guru-guru saya terdiri dari Melayu, Cina dan India. Saya suka berguru dari pelbagai bangsa, banyak pengalaman yang berbeza dan tips-tips pun pelbagai.

Itulah serba sedikit tentang diri saya. Biasa-biasa saja kan?