Monday 18 November 2013
Perkongsian Marbel Cheese Cake
Lama juga rasa tidak meninjau blog ini. Syukur rasanya bila dapat berkarya lagi di laman ini. Di samping dapat berkongsi, sebenarnya rasa macam sedang bersembang dengan seseorang, tapi kenyataannya tidak. Alam yang berbeza. Kesempatan cuti ini, ada juga Duna Craft mendapat tempahan. Pelangan ini macam pencinta atau kita boleh kata percaya. Kalau hendak makan cheesecake, kita boleh sahaja membeli dari kedai-kedai kek yang tumbuh macam cendawan. Tekan je butang, pilih je dekat mana atau kedai kek mana kita berkehendak..
Namun ada yang lebih percaya dan suka pada pembuat dari rumah atau kita kata HOMEMADE. Sebab? Semua ada sebab sendiri yang tidak perlu untuk diperincikan. Sekarang pun dah mencecah tengah bulan November, hari berlalu pantas. Semuga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik, ada sedikit ruang masa untuk mencuba perkongsian ini.
Jom Layan. Mudah dan emm..
Sediakan acuan 8" x 8" berlapikkan kertas yang disapukan dengan mentega nipis-nipis sahaja.
dan acuan 9" x 9" (untuk steambake).
Bahan-bahan untuk Kek Coklat
Mentega 200gm
Gula kastor 190gm
Tepung Gandum 170gm
Serbuk koko 40gm
Milo 70gm
Telur 3biji (size B)
Susu pekat manis 170gm
Cara-caranya:
Pukul mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
Masukkan susu. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, baru masukkan tepung, serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan perlahan dan kaup balik sahaja.
Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu kepanasan 200 darjah, selama 40 minit. (bergantung pada oven).
Untuk Lapisan Cheese
Bahan-bahannya:
Cream Cheese 500gm
Gula 115gm
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 tsp atau lemon juice 1tsp atau lemon paste 1 tsp
Pukul cream cheese hingga nampak halus dan berkrim.
Masukkan gula, kacau hingga sebati. Dalam masa yang sama masukkan vanilla atau lemon paste atau perahan lemon.
Masukkan telur satu persatu sehingga habis dan sebati.
Akhir sekali adunan cheese dimasukkan kedalam acuan kek coklat tadi. Pastikan acuan kek coklat dimasukkan kedalam acuan yang lebih besar untuk mengelak kek terkena air dalam process "steambake".
Bakar pada suhu panas 200 darjah, api atas dan bawah selama 40minit (bergantung pada oven).
SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm..
Monday 11 November 2013
Perkongsian Red Velvet Cupcake
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa berlalu terlalu cepat. Kita sudah masuk minggu kedua bulan November. Kita kejar masa ataupun masa kejar kita.
Jumaat ini sudah hari terakhir anak-anak bersekolah. Ibubapa dah berkira-kira merancangkan percutian untuk anak-anak. Ada yang akan balik kampung, ada yang melancong ke dalam dan keluar negara, ada yang tidak kemana-mana, apatah lagi ada anak-anak yang sedang menduduki ujian SPM.
Baiklah, yang belum kemana-mana, bolehlah merancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Bagi yang berminat ke dapur, boleh ajak mereka mencuba resipi atau masakan yang mereka suka.
Seperti yang telah saya janjikan, di sini saya kongsikan. Semuga sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Jom layan. Mudah dan emm...
Bahan-bahannya:
Mentega 60 gm
Gula kastor 150 gm
Telur 1 biji
Esen Vanilla 1 tsp
Buttermilk 120 gm
Pewarna Merah 1 tbsp (kalau tidak mahu merah sangat kurangkan menjadi 3/4 tbsp).
Tepung (superfine) 125 gm atau boleh juga mengunakkan tepung gandum biasa.
Serbuk koko 1 tbsp
Cuka 1 tbsp
Baking soda 1 tsp atau 3/4 tsp
Cara-caranya:
Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur putar hingga sebati, sambil masukkan vanilla. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko dalam tiga peringkat, kacau sebati. Baru masukkan buttermilk dan pewarna merah.
Baking soda dicampur bersama cuka terlebih dahulu, baru masukkan kedalam adunan. Kaup balik sahaja.
Sediakan cawan cupcake, masukkan adunan separuh cawan sahaja. Sedia untuk di bakar.
Cream Cheese Frosting
Cream cheese 250 gm
Gula Icing 100gm (ayakkan)
Butter 75 gm
Instant Custard 40 gm
Air 100ml (klu hendak sedap lagi tukar kepada freshmilk)
Cara-caranya
Pukul cheese sehingga halus. Masukkan butter dan gula kacau sehingga sebati.
Panaskan susu sehingga mendidih. Tutup api, tuangkan ke dalam custard, kacau sehingga nampak pekat dan lembut.. Kalau belum lembut boleh tambah sedikit lagi susu sehingga lembut, kemudian di tapis. Akhir sekali, gaulkan kedalam adunan cheese. Setelah sebati, bolehlah menggunakan nozzle yang anda suka untuk dipaipkan ke atas cupcake anda.
SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm...
Sunday 10 November 2013
Hujung minggu ku
Ini pastinya cendol, menyejukkan tekak ni.
Saturday 9 November 2013
Perkongsian Muffin Coklat Cip
Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera.
Bertemu lagi, alhamdulillah. Ruang masa terhad. Tengah melayan anak-anak. Ada yang sudah bercuti, ada pula yang dekat asrama nun jauh di KITTIS , Sabak Bernam dan ada yang tengah SPM.
Syukur memberi seribu makna dalam diri ini, sabar menguatkan lagi semangat berkobar-kobar hendak berkongsi ilmu dan iman meneguhkan lagi di mana hendak berpijak. Allah lebih mengetahui.
Astargfirullahalazim.. kenapa melalut ni. Si kecil belum bercuti, tetapi sudah berpesan "mama nanti buatkan Muffin choc chip ye"..hum.. belum cuti dah ada request.
Alhamdulillah, nasib baik ada juga anak-anak mengingatkan dan merindui airtangan mama. Seronok.. itu yang saya suka dan semua yang melayan blog ini bersetuju kan..?
Ikhlas..bila ikhlas kita akan buat dengan kasih sayang.
Subhanallah.
Jom layan. Resipi yang MUDAH dan emm...
Bahan-bahannya:
Mentega 90 gm
Self Raising Flour 375 gm
Serbuk koko 50 gm
Gula kastor 170 gm
Telur 1 biji
Freshmilk ( apa2 brand) 330 ml
Coklat Masak 120 gm
Coklat chip 110 gm
Cara menyediakannya:
1. Gaulkan tepung, serbuk koko dan gula.
2. Cairkan mentega (dengan kaedah double boil).
3. Masukkan telur, coklat chip, coklat cair dan akhir sekali mentega cair kepada
adunan tepung. Gaul rata.
4. Masukkan dalam cawan muffin kira-kira separuh cawan.
5. Bakar pada suhu 200° dengan api atas bawah selama 25 minit.
SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm..
Wednesday 6 November 2013
Perkongsian Kek Lapis Choc Cheese
Tuesday 5 November 2013
Perkongsian Ayam Masak Merah Duna
Monday 4 November 2013
Perkongsian Kek Coklat
Hari demi hari nak mengisi, tapi ada sahaja benda yang hendak di selesaikan.
Esok kita masuk kalender baru, tahun baru bagi umat Islam. Semuga saya dan yang mengikuti saya dalam blog ini istiqamah dalam apa juga penghijrahan baru kita atau menambah baik lagi apa yang telah diusahakan.
Saling bermaaf-maafan, sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada, insyallah menjadikan kita lebih positif.
Em,...Sudah.
Jom layan:
Bahan-bahan:
Telur 5 biji
Gula kastor 150 gm
Ovallet 1 tsp
Vanilla esen 1 1/2 tsp
Tepung gandum 110 gm
Cocoa powder 20gm
Minyak jagung / mentega(cairkan) 80gm
Cara-caranya:
Sediakan loyang 8" x 8". Dasarnya di letakkan kertas minyak, disapukan dengan sedikit mentega.
Telur, gula dan ovallet di pukul hingga kembang (kira-kira 15min).
Ketika itu bolehlah terus masukkan vanilla.
Tepung dan koko gaul bersama, kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi.
Akhir sekali baru masukkn minyak jagung.
Siap untuk di bakar selama kira-kira 40 minit dengan 200°, bergantung kepada oven.
Untuk Coklat Ganache:
Whipping cream 112 gm
Coklat masak 280gm
Mentega 3/4 tbsp
Cairkan semua bahan dengan cara double boil.
Setelah cair, bolehlah di mandikan keatas kek yang telah sejuk tadi.
SELAMAT MENCUBA.
Saturday 2 November 2013
Salam Perkenalan
Mengapa baru sekarang saya baru menulis dalam BLOG?
Hati meronta-meronta ingin berkongsi. Berkongsi APA?
ILMU.
Kelebihan dan nikmt menduduki dua buah negeri memberi kelebihan untuk menimba ilmu dengan beberapa orang guru dan pengalaman baru.
Alhamdulillah, setelah limabelas tahun berkecimpung dalam perniagaan biskut untuk musim perayaan, lauk-pauk, dan kuih-muih secara kecil-kecilan di pelbagai tempat, termasuk menumpangkan kuih muih di gerai nasi lemak ibu mertua.
Saya juga membantu mereka yang berminat untuk menambah pendapatan dalam bidang ini.
Guru-guru saya terdiri dari Melayu, Cina dan India. Saya suka berguru dari pelbagai bangsa, banyak pengalaman yang berbeza dan tips-tips pun pelbagai.
Itulah serba sedikit tentang diri saya. Biasa-biasa saja kan?