Sambal Sotong Kering |
Cuti sekolah membuat ramai ibubapa membawa anak-anak bercuti.
Pada keluarga saya, tengah sibuk menghitung hari kerana dua dari enam anak tengah menduduki ujian SPM, Alhamdulillah, esok kertas terakhir iaitu subjek Bahasa Arab.
Semuga semua anak-anak kita yang menduduki SPM dapat membuat yang terbaik dan mendapat setimpal dengan usaha mereka. Insyallah.
Sambal Sotong Kering ini sesuai di makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi lemak atau apa-apa yang tekak nak terima.
Jom layan. Mudah dan emm..
Bahan-bahan:
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 ekor sotong kering (rendam dalam air lebih kurang 2 jam atau lebih. Toskan air, hiriskan).
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 - 15 tangkai cili kering
Sebesar ibu jari belacan
Air asam jawa secukup rasa
Perasa garam dan gula secukup rasa.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar halus sehingga terbit aroma. Baru masukkan cili kering yang telah di kisar halus sehingga nampak pecah minyak.
Masukkan belacan, kacau seketika, baru masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga nampak pekat. Tambahkan air sedikit lagi dan biarkan lagi sehinnga nampak pekat.
Sekarang masukkan sotong. Gaulkan sotong dengan sambal. Kalau perlu, masukkan sedikit air lagi dan biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan dengan bahan perasa iaitu garam dan gula.
SIAP. Sedia untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA.