Sunday 22 June 2014

Duna Craft Shortbread

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian biskut raya yang ke empat.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan:

Mentega /marjerin      250gm
Gula kastor                    120gm
Tepung serba guna     250gm (tapis)
Tepung beras                120gm (tapis)

Sedikit gula kastor untuk ditaburkan pada biskut sebagai perhiasan.

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga putih dan ringan.

Masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit-sedikit hingga sebati dan menjadi doh.

Bentukkan doh ikut citarasa sendiri. Susun pada dulang pembakar yang telah digriskn dengan mentega atau shortening. Kemudian taburkan  dengan gula kastor .

* cookies ini tidak perlu di susun  jarak sangat sebab ia kekal dengan size asal sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 180°c selama 15 - 20 minit sehingga nampak keperangan.

Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan.

Untuk perisa lain:

Tambah 2 sk (tsp) parutan kulit oren atau lemon, untuk perisa oren atau lemon.  Atau,

Gantikan 3 sb (tbsp) tepung gandum  kepada serbuk koko untuk  menjadikan  Shortbread Coklat. Atau,

Tambah 1sb(tbsp)  kopi segera kepada campuran mentega dan gula  untuk menjadikan  Shortbread Mocha.

SELAMAT MENCUBA.
Mudah dan emm...

Saturday 21 June 2014

Cip coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian biskut raya ketiga.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan:

Mentega                       340gm
Gula kastor                  240gm
Gula perang                 200gm
Telur size A                  4 biji
Cip coklat                     120gm
Coklat masak              500gm (cincang kasar).
Oatmeal                        370gm (kisar halus)
Tepung serba guna    520gm
Garam                             1sk (tsp)
Baking powder             2 sk (tsp)
Baking soda                  2 sk (tsp)
Vanila                              2 sk (tsp)
Kekacang                       300gm (cincang).
Kacang yang di guna ikut suka ye. Cth: badam, pecan, walnut.

Cara:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. 

Masukkan telur satu persatu diikuti dengan vanilla. Kemudian masukkan  sedikit-sedikit (tepung, baking powder, baking soda yang telah ditapis), garam dan oatmeal. Gaul sehingga rata. 

Akhir sekali, masukkan coklat masak, coklat chip dan kekacang. Kaup balikkan sehingga mnjadi doh.

Sudukan doh ikut size disukai, ( pastikan size yang hampir sama),  keatas dulang yang telah di gris dengan mentega atau shortening. Jarakkan susunan lebih kurang 2 inci diantara cookies. 

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu, dengan suhu 170-180° anggaran masa lebih kurang 15 minit (bergantung pada oven masing-masing). 





   


Tart Nenas

Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera.

Perkongsian kedua biskut raya dari DCK.
Semuga dipermudahkan yang ingin mencuba.

Bahan-bahannya:

Tepung serbaguna   380gm
Mentega                       250gm
Kuning telur                  1 biji
Garam                             1 sk (tsp)
Gula kastor                  50gm
Tepung jagung            20gm
Tepung kastard           10gm
Jam Nenas (untuk isi dalam tart).

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga putih dan halus.
2.  Masukkan kuning telur hingga sebati,
3. Akhir sekali masukkan  semua jenis tepung (yang telah di tapis) dan
      garam. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
4.  Bulatkan atau bentukkan doh mengikut  kesukaan anda.
  
Selamat mencuba.
Mudah  je kan..

Sunday 19 January 2014

Cream cheese thumbprint cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur sangat-sangat, hari ini baru dapat ruang untuk perkongsian tahun 2014. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014. Semuga azam baru yang kita cipta tidak terkubur lagi. Azam baru, teruskan dan hangatkan dengan keyakinan. Insyallah.

Bila saja tahun baru, di fikiran kita pasti ada yang sudah terbayang perayaan yang bakal kita sambut setiap tahun. Maka perancangan DCK untuk 2014 akan sedaya upaya memberi perkongsian untuk yang sudah berangan-angan ingin membuat cookies dan tart sendiri tahun ini.

Semua sudah maklum, kenaikan harga barangan dipasaran, pasti melibatkan juga perbelanjaan pada bila-bila masa dan dalam bentuk apa sekali pun.

Semuga perkongsian ini dapat menambah ilmu, menambah koleksi, apatah lagi boleh menambah isi tabung.

Ilmu untuk di manfaat bersama.

Jom...mudah dan emm..

Bahan-bahan:

Mentega 225gm
Cream cheese 85gm
Gula kastor 150gm
Vanilla 3 tsp
Kuning telur rebus 1 biji
Jem strawberry 

Tepung gandum @ tpg cookies 450gm



Cara-caranya:

Rebus telur lebih kurang 8 minit (bermula dari air hendak mendidih).
Sejukkan, kupas dan ambil kuning telur sahaja. Lenyekkan.

Dalam bekas berasingan, satukan mentega, cream cheese dan gula. Kacau dengan ekektrik mixer, hingga nampak sebati

Masukkkan pula vanilla dan kuning telur, gaul sebentar sahaja.

Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga menjadi doh.

Doh, dibiarkan di dalam peti ais lebih kurang satu jam, agar mudah untuk membentuk.

Setelah itu, doh dibahagi-bahagikan  pada 6gm @12gm. Bulat-bulatkan, dan letak di atas dulang pembakar. Tekankan setiap doh dengan ibu jari @ apa-apa yang sesuai untuk melekukkan bahangian tengah.
Isikan lekuk itu dengan jam atau perisa yang digemari.

Bakar dengan kepanasan 175°C atau bergantung pada oven anda, selama lebih kurang 15-20minit.

Nota: inti boleh juga di ubah mengikut citarasa yang digemari. Apatah lagi kalau hendak mengajak anak-anak menghias cookies tu bersama.

Jom cuba buat, baru tahu rasanya ye...

SELAMAT MENCUBA.