Wednesday 6 November 2013

Perkongsian Kek Lapis Choc Cheese

Assalamualaikum w.r.t.
Subhanallah, ada lagi saya muncul di blog ini.  Allahu  Akhbar.  Allah memberi saya kesempatan lagi bernafas hari ini.  Rasa sangat insaf  dan kerdilnya kita ini.

Perkongsian saya pada kali ini pastinya Mudah dan emm....ya.
Pada saya, kalau di katakan susah, susah jadinya. Kalau senang, ...(Tepuk dada, tanya diri sendiri-bukan selera ye).

Jangan menunggu  kesempurnaan untuk bermula tapi mulakan untuk kesempurnaan,. semuga kita sama sama menemui jalannya. Insyallah.

Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. Pada yang kurang faham, bolehlah bertanya dalam comments ye.

Jom Layan..

Bahan-bahannya:

Sediakan acuan 8" x 8"
Pastikan dilapik dengan kertas minyak dan disapukan sedikit mentega.

Bahagian A
Kuning telur 8 biji
Putih telur 4 biji
Gula kastor 240 gm
Tepung hongkong 200 gm
Ovelet (Emulsifier) 1 1/2 tbsp

Pukul telur, gula dan ovelet sehingga kembang, barulah masukkan tepung sedikit sedikit sehingga habis. Kaup balik sahaja dengan mengunakan senduk.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian Coklat

Mentega 170 gm
Susu pekat  2 1/2 tbsp
Coklat masak 100 gm ( cairkan dengan kaedah Double boil).
Paste coklat 1 tbsp

Pukul mentega dan susu sehingga putih, kemudian masukkkan  kepada sebahagian bahagian A,  coklat masak yang dicairkan dan paste coklat, gaul rata.

Bahagian Cheese (Keju)  

Cream Cheese  250 gm
Susu pekat     4 tbsp
Lemon juice   1 tsp

Cheese di pukul hingga nampak halus, baru masukkan susu dan lemon juice, kacau hingga sebati. Campurkan kepda sebahagian bahagian A, dan gaul rata. 

P/s: Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 min 
Untuk lapisan pertama, gunakkan api atas dan bawah dengan kepanasan 200 degree/ kesesuaian oven .
Untuk lapisan kedua hingga lapisan akhir gunakkan api atas sahaja.

Bakar lapisan pertama dengan adunan coklat sebanyak tujuh sudu makan. Bila dah nampak warna berubah, lapiskan adunan cheese pula dengan tujuh sudu makan juga.  Ulangi lapisan dengan sukatan yang sama sehingga habis.

SELAMAT MENCUBA.  MUDAH KAN?


No comments:

Post a Comment