Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama juga rasa tidak meninjau blog ini. Syukur rasanya bila dapat berkarya lagi di laman ini. Di samping dapat berkongsi, sebenarnya rasa macam sedang bersembang dengan seseorang, tapi kenyataannya tidak. Alam yang berbeza. Kesempatan cuti ini, ada juga Duna Craft mendapat tempahan. Pelangan ini macam pencinta atau kita boleh kata percaya. Kalau hendak makan cheesecake, kita boleh sahaja membeli dari kedai-kedai kek yang tumbuh macam cendawan. Tekan je butang, pilih je dekat mana atau kedai kek mana kita berkehendak..
Namun ada yang lebih percaya dan suka pada pembuat dari rumah atau kita kata HOMEMADE. Sebab? Semua ada sebab sendiri yang tidak perlu untuk diperincikan. Sekarang pun dah mencecah tengah bulan November, hari berlalu pantas. Semuga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik, ada sedikit ruang masa untuk mencuba perkongsian ini.
Jom Layan. Mudah dan emm..
Sediakan acuan 8" x 8" berlapikkan kertas yang disapukan dengan mentega nipis-nipis sahaja.
dan acuan 9" x 9" (untuk steambake).
Bahan-bahan untuk Kek Coklat
Mentega 200gm
Gula kastor 190gm
Tepung Gandum 170gm
Serbuk koko 40gm
Milo 70gm
Telur 3biji (size B)
Susu pekat manis 170gm
Cara-caranya:
Pukul mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
Masukkan susu. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, baru masukkan tepung, serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan perlahan dan kaup balik sahaja.
Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu kepanasan 200 darjah, selama 40 minit. (bergantung pada oven).
Untuk Lapisan Cheese
Bahan-bahannya:
Cream Cheese 500gm
Gula 115gm
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 tsp atau lemon juice 1tsp atau lemon paste 1 tsp
Pukul cream cheese hingga nampak halus dan berkrim.
Masukkan gula, kacau hingga sebati. Dalam masa yang sama masukkan vanilla atau lemon paste atau perahan lemon.
Masukkan telur satu persatu sehingga habis dan sebati.
Akhir sekali adunan cheese dimasukkan kedalam acuan kek coklat tadi. Pastikan acuan kek coklat dimasukkan kedalam acuan yang lebih besar untuk mengelak kek terkena air dalam process "steambake".
Bakar pada suhu panas 200 darjah, api atas dan bawah selama 40minit (bergantung pada oven).
SELAMAT MENCUBA. Mudah dan emm..
Di harap langkah-langkah yang disertakan mudah di fahami.
ReplyDelete